Sunday, October 26, 2025

life update

 ...lah sangat.

macam biasa blog ni dah berubah daripada full english menjadi rojak sebab aku pun tak sedaq start bila yang aku dah tak boleh nak compose a full paragraph of proper english even bahasa melayu pun sebenarnya but that's not a life update, kan?

baru nak start pun dah lari focus. macam hidup aku sekarang jugak. tidak berfocus. mungkin sebab tu single kot. atau sebab masih single sebab tu tak berfokus? mungkin.

tapi ini bukan entry untuk menumpang kasih menagih simpati sebab pendirian aku masih belum berubah. aku masih tak terasa ada perlunya untuk kawen buat masa ni. kenapa mention? sebab umoq aku sekarang orang dah tanya kenapa tak kawen lagi. benda yang aku ingat aku cuma baca kat social media dah jadi dalam dunia nyata. makcik2 pakcik2 aku dok tanya dah. annoying tapi hadap ja lah.

ok now that it is established aku masih single tapi tak terasa nak kawen, kita bolehlah ke topik seterusnya iaitu kerja. soon aku akan tukaq department. bye2 ed life yang hectic dan penat dan menyakitkan hati sebab ada colleague perangai hampeh tak semenggah bising2 bila kita passover kat dia tapi bila kita yang terima passover kita kena redho. tak syiok. dah la patient ramai. benda2 kecik camtu buat jadi hilang mood. tapi aku target still akan buat locum la kat green sebab takmau la hilang clinical kan.

hopefully life at psy is better. hopefully bila buat benda yang kita suka, kerja akan jadi kurang miserable. masalahnya betul ka aku suka? bukan sebab romanticize zaman ho? housemanship yang semua department ptsd kecuali psy? entah. nak sambung stadi jadi pakar? entah. mungkin? teringin jugak. entah?

done pasal kawen, done pasal kerja. next is iman? aku rasa iman aku tengah dalam fasa menurun. aku rasa macam jauh sikit dari tuhan setahun dua ni. rasanya sebab maksiat banyak sangat lah kot. apa ja lagi yang jadi punca jauh dari tuhan kan? takkan salah orang lain pulak. mestilah salah aku sendiri. aku tengah cuba nak manage aku punya struggle tapi pada masa sama aku baru tau yang ada ja kawan2 aku yang struggle benda yang sama. jadi bila sembang pasal struggle masing2 buat aku jadi complacent sikit tapi kadang2 confuse adakah aku senang enable diri sendiri sebab ada orang lain pun struggle so maybe i'm not that bad? faham tak? 

everything else is good and fine as it is. alhamdulillah masih sihat tubuh badan, takdak apa2 yang signifikan. muka ja makin tua dan maybe perut makin gemok tapi last blood workup haritu masih normal dan kolesterol masih ok. ramai colleague yang dok serabut sebab kolesterol tinggi. haha

pastu claim transfer pun katanya dah lulus so hopefully setel la dilema aku nak plan kewangan sendiri lepas ni. boleh dah kembali ke rutin asal. takdak lagi dah nak fikir serabut duit terhabis kat perkara tak sepatutnya.

sebelum habis, nak balik ke topik kawen. sehuduh2 aku dan sehampeh2 aku, ada dua orang yang cuba2 nak ajak kawen ye. sorang tu cakap explicitly sorang lagi mak pak yang approach. dua2 aku rijek sebab aku memang tak pikiaq pun benda tu.

jadi kepada kawan2 aku yang single, yang lagi segak dan hebat serta baik dari aku, hangpa toksah risau la. ada la tu yang nak kat hangpa. alangkan aku pun ada yang nak. kahkahkah

oklah sekian update tak penting. saja la nak habaq kata hidup lagi.