Sunday, October 26, 2025

life update

 ...lah sangat.

macam biasa blog ni dah berubah daripada full english menjadi rojak sebab aku pun tak sedaq start bila yang aku dah tak boleh nak compose a full paragraph of proper english even bahasa melayu pun sebenarnya but that's not a life update, kan?

baru nak start pun dah lari focus. macam hidup aku sekarang jugak. tidak berfocus. mungkin sebab tu single kot. atau sebab masih single sebab tu tak berfokus? mungkin.

tapi ini bukan entry untuk menumpang kasih menagih simpati sebab pendirian aku masih belum berubah. aku masih tak terasa ada perlunya untuk kawen buat masa ni. kenapa mention? sebab umoq aku sekarang orang dah tanya kenapa tak kawen lagi. benda yang aku ingat aku cuma baca kat social media dah jadi dalam dunia nyata. makcik2 pakcik2 aku dok tanya dah. annoying tapi hadap ja lah.

ok now that it is established aku masih single tapi tak terasa nak kawen, kita bolehlah ke topik seterusnya iaitu kerja. soon aku akan tukaq department. bye2 ed life yang hectic dan penat dan menyakitkan hati sebab ada colleague perangai hampeh tak semenggah bising2 bila kita passover kat dia tapi bila kita yang terima passover kita kena redho. tak syiok. dah la patient ramai. benda2 kecik camtu buat jadi hilang mood. tapi aku target still akan buat locum la kat green sebab takmau la hilang clinical kan.

hopefully life at psy is better. hopefully bila buat benda yang kita suka, kerja akan jadi kurang miserable. masalahnya betul ka aku suka? bukan sebab romanticize zaman ho? housemanship yang semua department ptsd kecuali psy? entah. nak sambung stadi jadi pakar? entah. mungkin? teringin jugak. entah?

done pasal kawen, done pasal kerja. next is iman? aku rasa iman aku tengah dalam fasa menurun. aku rasa macam jauh sikit dari tuhan setahun dua ni. rasanya sebab maksiat banyak sangat lah kot. apa ja lagi yang jadi punca jauh dari tuhan kan? takkan salah orang lain pulak. mestilah salah aku sendiri. aku tengah cuba nak manage aku punya struggle tapi pada masa sama aku baru tau yang ada ja kawan2 aku yang struggle benda yang sama. jadi bila sembang pasal struggle masing2 buat aku jadi complacent sikit tapi kadang2 confuse adakah aku senang enable diri sendiri sebab ada orang lain pun struggle so maybe i'm not that bad? faham tak? 

everything else is good and fine as it is. alhamdulillah masih sihat tubuh badan, takdak apa2 yang signifikan. muka ja makin tua dan maybe perut makin gemok tapi last blood workup haritu masih normal dan kolesterol masih ok. ramai colleague yang dok serabut sebab kolesterol tinggi. haha

pastu claim transfer pun katanya dah lulus so hopefully setel la dilema aku nak plan kewangan sendiri lepas ni. boleh dah kembali ke rutin asal. takdak lagi dah nak fikir serabut duit terhabis kat perkara tak sepatutnya.

sebelum habis, nak balik ke topik kawen. sehuduh2 aku dan sehampeh2 aku, ada dua orang yang cuba2 nak ajak kawen ye. sorang tu cakap explicitly sorang lagi mak pak yang approach. dua2 aku rijek sebab aku memang tak pikiaq pun benda tu.

jadi kepada kawan2 aku yang single, yang lagi segak dan hebat serta baik dari aku, hangpa toksah risau la. ada la tu yang nak kat hangpa. alangkan aku pun ada yang nak. kahkahkah

oklah sekian update tak penting. saja la nak habaq kata hidup lagi. 

Wednesday, July 19, 2023

New Year, New Me, Not Really

 Oh hello. seems like it's gonna rain red. i updated my blog.


a relic of the past. a forgotten memory. not really, just lazy.


and i can't even form a proper sentence now. i didn't write for so long. maybe i should start again. or maybe i don't.


this blog was supposed to be in full proper english. seems like i may break that rule for a while. need some time to adjust, right?


pardon me for any broken english or mixed language used here and there. 

Wednesday, December 1, 2021

Just let me let you down

 Entry ini ditujukan kepada anon curiouscat haritu.


to be honest, i'm really happy, and touched, and at the same time, i feel like as you said, weirded. lol


dear anon. one thing you need to know about me (or maybe you already did) is that i have low self esteem, like very low. also full of insecurities. so it's only natural when i received a post like that, all i can think of is someone is messing with me or trying to make fun of me.


like, who am i kidding? me? a reason for someone to be better? just how someone could like me when i don't like myself? pfftt. haa gitu lah lebih kurang. lol


but of course, part of me really happy, knowing that someone (could possibly) felt that way about me. you know, that feeling i don't feel myself. i do feel like a loser some (most of the) times.


so yeah thank you for making me smile that night. dah la jarang2 dapat soalan kat curiouscat. bila dapat sekali puji2 la pulak. blushing jap.


i don't know what else to write. maybe another thank you. i wish you well. i also wish one day i will write more. lol 


btw the entry title is a lyric from idle worship by paramore. please go listen to that song. i like that song. it kinda tells how i feel whenever someone says anything nice about me. you know, that fear of letting people down when they look up to you one time, then no more. because i know i'm that loser of some sort.


lol bye

Friday, October 22, 2021

Boosted

 Took the booster dose today.


Woke up at midnight. Can't go back to sleep. Boosted. So here i am.


Things are nice. Not that much but nice, still.


Life is quite good. Apparently, it's up to me to decide to myself whether life is nice or not.


Still, i am the same shit of myself. Some things never change. My self esteem is one of them.


lol


sad, but lol.

Monday, July 5, 2021

Mencemar duli

Blog ini dulu full english ye sekarang dah rojak balik sebab aku dah lama tak menulis dan dah tak reti nak buat entry dengan proper writing.

Maka kita rojakkan sekejap dan tulis seadanya sekadar mampu. Tak apa. Blog cikai tak siapa kisah kenapa nak serabut kepala?

Mari buat ala2 twitter walaupun kat twitter sudah merapu kat blog pun masih merapu takpa lah.

Ceritanya aku dah bosan sangat la ni sampai buka balik blog. Tapi sesedap oren mungkin aku tak buka la kot. Mungkin aku akan import entry2 yang aku rasa penting kat sini. Who knows.

Ye dulu aku merepek2 kat sesedap oren. Blog nocturnal rant ni tempat mencurahkan inspirasi gitu. Tapi sebab dah sibuk kerja aku rasa lama gila aku tak buka blog. Sebab takdak inspirasi lah kononnya.

Last entry 2019. Sekarang 2021. What? baru dua tahun lama mende?

Adakah tidak terasa dua tahun tu? Terasa weh. Lama gila. Serabut kepala otak menempuhnya. Bila tengok2 balik memang la tak terasa. Masa tengah melalui tu hanya tuhan yang tahu.

Mungkin sambil2 kita menuwit kita boleh tulis panjang2 kat sini. Aku dulu ada cita2 nak jadi penulis buku tapi apakan daya penulisan tidak berkualiti. Aku siap pernah argue dengan orang yang dah release berbelas berpuluh buku "boleh tak kalau kita nak tulis buku tapi guna laras bahasa yang mungkin tidak standard" dan of course lah jawapannya tidak.

Kenapa tiba2 sebut pasal nak tulis buku? Sebab nak bagitahu yang betapa aku ni sebenarnya suka menulis tapi macam aku cakap tadi la bakat tak ada.

Maka kita pun tak jadi penulis. Kita tulis kat blog jew.

Seronok tulis kat blog. Biarpun takda siapa yang baca tapi kadang2 ada jugak la sorang dua kawan yang komen atau share. Rasa terharu gitu.

Bosan mungkin menjadi punca untuk orang buat sesuatu. Atau jadi distraction dari perkara yang lebih penting. Contohnya aku patut stadi dan improve knowledge sebab dah jadi MO pun masih tak reti apa HO aku dulu lagi pandai dari aku rasanya.

lol

I will write again. There are absolutely so many things i left unsaid.

But as for now, bye.